Wednesday, January 25, 2012

Bertambah umur anak-anak..

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, genap umur Ahmad Harraz 4 tahun (16 Jan) dan Ahmad Zaki 1 tahun (18 Jan). Ummilah yang paling excited untuk menyambut hari lahir kalian, seperti ummi excited sewaktu kalian di dalam perut. Kami tidaklah bercadang untuk membuat majlis secara besar-besaran. Cukuplah sekadar ada makanan, kek dan tetamu untuk memeriahkan majlis pada 18 Januari lalu. Seawal dua minggu persiapan dibuat. Sudah pasti sayalah yang paling sibuk pilih menu, tempat, itu dan ini. Suami hanya mengikut sahaja kerana banyak lagi benda penting yang lebih penting untuk difikirkan....


Terima kasih buat teman-teman yang hadir walaupun ada yang berkerja dan cuaca yang panas berserta 'potluck' yang bermacam-macam. Tidak lupa juga hadiah-hadiah yang diberikan untuk Harraz dan Zaki yang sememangnya kami tidak duga. Kehadiran kalian sudah cukup bermakna. Moga ukhwah yang terbina bertambah erat. Buat anak-anakku, sesungguhnya doa untuk kalian kami tidak pernah lupa. Dengan bertambahnya umur, moga bertambah matang lagi untuk Harraz dan Zaki menjalani kehidupan yang masih jauh...insyaAllah...  






Tuesday, January 17, 2012

Berjalan ke Southern Perth (Part 2)


Assalamualaikum...


Mari kita sambung kembali aktiviti jalan-jalan kita....


Margaret River
Saya suka suasana di sini. Pekan yang kecil dan tidak sibuk. Terdapat tiga jenis gua yang sangat popular iaitu Jewel, Lake dan Mammoth. Setiap gua mempunyai tarikannya tersendiri. Apa kata mereka...


"Jewel Cave is Western Australia's largest show cave and is home to one of the longest straw stalactites found in any tourist cave in the world"


"Lake cave is a stunning crystal wonderland which can awaken the child in all of us. It's a place of timeless beauty"


"Mammoth is an impressive, ghotic-like cave that could easily be described as the perfect home for caveman"


Bagi Lake dan Jewel, kalian perlu pergi bersama tourist guide yang akan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 4.00 petang. Kalian boleh membeli tiket bernilai AUD22 (dewasa) dan AUD10 (kanak-kanak) atau jika untuk melawat ketiga-tiga gua, diskaun akan diberikan. Selain gua, kalian boleh singgah di Chocolate Factory yang boleh menyebabkan penggemar chocolate rambang mata dan berjalan-jalan disekitar pekan Margaret River.



Stalagtit seberat 5 tan dan tergantung, Lake Cave

Di dalam Lake Cave
Ibu dan Nabilah di Mammoth Cave
Di dalam Mammoth Cave

Mama dan Abah di Jewel Cave
Di dalam Jewel Cave
Masih di Jewel Cave
Kami di Chocolate Factory


Agusta
Terletak dipertembungan antara Indian dan Southern Ocean dan terdapat lighthouse setinggi 39 meter. Jika berkemampuan, boleh naik sehingga tingkat teratas lighthouse dan nikmati pemandangan yang sangat cantik. Bayaran masuk AUD5 (dewasa) dan AUD3 (kanak-kanak). Tetapi bayaran tambahan akan dikenakan bagi sesiapa yang ingin memasuki lighthouse dan mempunyai tourist guide.


Gambar dari atas lighthouse
Gambar oleh Anette Flotwell
Harraz, my boy

InsyAllah Akan Bersambung











Friday, January 6, 2012

Berjalan ke Southern Perth (Part 1)


Assalamualaikum...


Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Perth iaitu pada 16 Mac 2008 (Harraz genap 2 bulan pada tarikh tersebut), apa yang saya fikirkan ialah - Perth tidak sama apa yang saya bayangkan. Buat pengetahuan kalian suami saya bertolak 2 bulan lebih awal kerana keadaan saya yang masih lagi dalam pantang dan suami saya kira biarlah dia mencari rumah, kereta serta banyak urusan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah seminggu sebelum kami sampai rumah dan kereta sudah ada. Sepanjang perjalanan ke rumah, saya lihat pemandangannya lebih kurang macam gurun pula. Hari yang terik, berpasir dan banyak pula burung gagak. Saya banyangkan  rumput yang menghijau, sejuk, perumahan yang luas dan macam-macam yang indah sahaja. Apa yang penting, saya kena ubah paradigma saya, perlu untuk menyesuaikan diri untuk tempoh beberapa tahun.


Australia terletak di Hemisfera Selatan merupakan negara yang ke-6 terbesar by land area. Ia mempunyai 8 states iaitu Western Australia, Tasmania, Victoria, Northern Territory, South Australia, Queensland, Australian Capital Territory dan New South Wales. Bandar Perth merupakan bandar yang isolated sedikit berbanding bandar-bandar yang lain kerana jarak yang agak jauh. Jika anda berada di Perth, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Selain daripada itu, kalian juga boleh "keluar" sedikit dari Perth samaada ke utara atau ke selatan. InsyaAllah pasti tidak menghampakan! Saya ingin membawa kalian ke beberapa tempat yang pernah saya lawati sepanjang saya berada di sini.


Peta Australia



Tidak lengkap percutian sekiranya kalian tidak pergi ke Albany yang terletak kira-kira 480km di selatan Perth. Sepanjang perjalanan ke Albany banyak tempat yang boleh kalian singgah samaada untuk sementara atau bermalam. Kebiasaannya, untuk menghayati percutian tersebut disarankan pergi selama 3 hari 2 malam. Semalam di Albany dan semalam lagi di Margaret River. Saya mulakan dahulu tempat yang kalian akan lalui daripada mula perjalanan sehingga sampai ke Albany.

Mandurah
Persekitaran yang cantik yang mana dikatakan water-based lifestyle. Boleh dikatakan banyak rumah-rumah di sini mempunyai jeti sendiri. Jika ada jeti, sudah tentu ada bot. Tidak hairanlah jika Mandurah merupakan salah satu tempat yang mahal ratenya untuk didiami. Kalian boleh berjalan sekitar Mandurah Terrace dan  jika pada musim panas kalian boleh pergi crabbing di beberapa tempat sekitar Mandurah. Kebiasaannya kami crabbing di bawah jeti menggunakan sangkar bersama kawan-kawan yang lain. Selain itu, kalian boleh ke Abingdon Miniature Village-semua bangunan kecil-kecil.


Mandurah Terrace

Crabbing di bawah jeti

Antara ketam yang ditangkap

Ibu, Ayah dan Nizam di Abingdon Miniature Village

The Maze, Abingdon Miniature Village

Busselton
Kalian boleh ke Busselton Jetty - jeti terpanjang di Southern Hemisphere iaitu sepanjang 1.8 km. Kalian boleh berjalan kaki atau dengan membeli tiket menaiki perkhidmatan keretapi yang disediakan. Perkhidmatan keretapi akan tergendala jika keadaan cuaca yang tidak menentu seperti angin yang kuat. Di penghujung jeti terdapat Underwater Observatory yang boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa sedalam 8 meter. Cumanya saya memang tak pernah sampai lagi ke hujung jeti apatah lagi masuk Underwater Observatory .



Busselton Jetty

Perkhidmatan keretapi yang disediakan


InsyaAllah Akan Bersambung.....


Tuesday, January 3, 2012

Pandangan yang salah tentang ILAH

Assalamualaikum...


Di sini saya ingin menyambung kembali apa yang telah saya tulis sebelum ini di bawah tajuk ILAH dalam Dua Kalimah Syahadah. Di dalam Al-Quran banyak dijelaskan tentang Ilah yang patut disembah hanyalah Allah, yang menjadikan makhluk dan mentadbir sekalian alam. Namun, ada juga manusia yang masih lagi menyimpang dari dasar akidah Islam yang sebenar iaitu menyembah selain dari Allah. Terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang boleh kita perhatikan.


Firman Allah SWT :






Firman Allah SWT :




Firman Allah SWT :




Berdasarkan beberapa ayat di atas, kita boleh lihat bahawa ada di kalangan manusia telah menjadikan manusia sebagai tuhan dan menyembahnya. Namun begitu, banyak kefahaman manusia sekarang bahawa perkataan menyembah hanya dalam bentuk penyembahan fizikal sahaja.


Menyembah bukan sekadar solat!


Firman Allah SWT :




Mengikut al-Qurthubi yang dimaksudkan dengan menyembah syaitan di dalam ayat tersebut ialah taat, patuh dan memperhambakan diri kepada syaitan dengan melakukan maksiat kepada Allah. Dalam ayat yang lain iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat ke 21, perkataan sembah di dalam ayat tersebut bererti mestilah mengikut syariat Allah dan hukum-hukumnya dengan kepatuhan, keredhaan dan perhambaan diri.


Oleh itu, mari sama-sama kita betulkan pemahaman kita supaya bukanlah menyembah itu hanya sekadar sujud di waktu solat, puasa dan akhirnya ke tanah suci tanpa mematuhi segala syariat dan hukum-hukumnya.


p/s : jika kita tidak mencari ilmu, sungguh banyak yang kita tak tahu....