Tuesday, May 1, 2012

Bersiar-siar di Burswood Park

Assalamualaikum...

Sudah lama kami tidak membawa anak-anak ke taman. Alhamdulillah minggu lepas kami berkesempatan pergi ke Burswood Park. Burswood Park merupakan salah satu taman yang popular di Perth ini selain Kings Park. Tambahan pula hari yang kami pergi itu cuti umum. Memang sudah menjadi gaya hidup orang di sini, kebiasaanya hari cuti digunakan sebaiknya untuk bersama keluarga serta teman-teman sambil makan-makan atau berehat-rehat di taman. Walaupun keadaan kesihatan Harraz kurang baik, kami harap Harraz dan Zaki gembira seperti kanak-kanak yang lain. Maklumlah, sekali sekala perlu juga menghirup udara taman.

Wednesday, April 25, 2012

Pizza sesuai untuk anak-anak

Assalamualaikum

Pizza mengingatkan saya kenangan sewaktu ibu saya mengajar kami adik-beradik membuat pizza. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik yang semunaya perempuan. Seperti biasa, sayalah yang akan menguli tepung untuk membuat doh. Adik saya yang kedua akan membuat topping, yang ketiga akan memarut cheese dan yang bongsu akan menyibuk hehe. Takdelah, dia akan membantu apa yang patut. Namun sekarang, semuanya senang kan? Nak buat doh - boleh guna bread maker, topping - boleh beli dah siap. Begitu juga dengan cheese boleh beli yang siap grated.

Saya nak buat pizza semalam memang tidak merancang. Tengok resepi untuk doh, guna yis dan alhamdulillah ada yis dalam gerobok. Begitu juga dengan tomato sos, saya baru beli sekilo tomato dan apa kata separuh saya guna untuk buat sos. Jadi untuk pizza semalam, kiranya home made doh dan tomato sos. Saya tiada bread maker. Jadi uli dengan tangan sahaja. Saya membahagikan doh kepada 2. Satu saya simpan untuk buat sarapan pagi tadi. Berikut saya kongsikan resepinya. Sebelum terlupa, bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 - 30 minit.

Doh - saya ambil dari www.taste.com.au 

2 cawan tepung
3/4 cawan air suam
7gm yis
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

Caranya-caranya :-

1. Air, yis, garam dan gula dicampur ke dalam jug dan dikacau sebati dengan menggunakan garpu. Tutupkan dengan cling wrap. Biarkan selama 10 minit.
2. Tepung diayak dan masukkan ke dalam bekas besar dan buatkan bulatan ditengah-tengah.
3. Letakkan minyak ditengah-tengah tepung tadi bersama-sama dengan campuran yis tadi.
4. Uli tepung selama 3 minit serta masukkan ke dalam bekas tadi dan tutup dengan cling wrap. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam.
5. Gunakan jari anda untuk mengecutkan doh. Uli tepung kembali selama 10 minit untuk mendapat doh yang lembut.

Doh sebelum letak topping

Basic Tomato sauce - saya ambil dari buku Australian Baby and Toddler Meals by Robin Barker

1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - dihiris
400gm tomato dalam tin atau 500gm tomato fresh - dibuang kulit
1/2 sudu kecil gula
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
1 sudu besar fresh basil

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan masak sehingga layu.
2. Tambahkan tomato, gula, lada hitam dan garam.
3. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan selama 40 minit, kacau dari masa ke masa.
4. Tambahkan daun basil dan kacau.

Tomato dibuang kulit dahulu. Untuk lebih mudah, l
etak di dalam air mendidih selama 10 saat.

Bahan-bahan lain untuk topping :-

1 tin kecil tuna, sweetcorn dan mayonnaise
Mozarella cheese
Capsicum

Cheese, tuna, capsicum dan sos tomato

Cadangan topping yang lain seperti cendawan butang, brokoli, salami dan nenas. Anda boleh buat apa sahaja topping yang anak-anak anda suka. Cuma saya ambil apa yang ada dalam gerobok sahaja. ;)

Sebelum dibakar. Saya buat nipis sahaja

Hasilnya agak burnt sedikit kerana saya menyiram pokok
diluar ketika membakar. Sedar-sedar sudah gelap

Pizza untuk sarapan, sebelah plain untuk anak-anak.
Sebelah lagi kami  tuna sweet chili. Saya buat tebal sedikit

Satu abi, satu ummi

Tuesday, April 24, 2012

Makan dan makan...

Assalamualaikum...

Sudah lama saya tak bercerita tentang masakan saya. Ada beberapa menu yang saya masak dan tak sempat nak tulis. Antaranya ialah kuew teow ladna, kek karamel, yong tau foo, ayam masak merah, coklat cupcake, tiramisu tanpa telur, agar-agar roti dan pai tee. Mungkin di lain waktu saya boleh sertakan dengan resepi.

Tuesday, April 10, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-30 Buat Ibu dan Ayah!

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada-NYA atas segala nikmat yang Allah berikan. Sungguh nikmat Islam dan Iman, nikmat yang paling besar. Bangun pagi tadi saya masih lagi dikelilingi insan-insan penyeri hidup saya, suami dan anak-anak. Hari ini juga genap 30 tahun perkahwinan ibu dan ayah. Pagi-pagi lagi saya sudah menghantar sms sebagai penganti diri tanda ingatan tarikh ini kepada ibu ayah. 

Selama 30 tahun perkahwinan, ibu ayah dikurniakan 4 orang anak perempuan dan 3 orang sudahpun mendirikan rumahtangga. Panggilan opah dan atok bermula apabila kehadiran cucu yang pertama iaitu Ahmad Harraz diikuti Ahmad Zaki dan yang terbaru Asyfa Rania. Sudah setahun saya tidak balik kampung. Rindunya pada ibu dan ayah sangat menebal walaupun boleh dikatakan setiap hari saya menelefon mereka.

Di dalam al-Quran banyak memuatkan kisah-kisah cinta. Antaranya ialah kisah cinta seorang wanita kepada pemuda tampan iaitu kisah Nabi Yusuf as menerusi surah Yusuf, kisah cinta seorang ibu kepada puteranya iaitu ibunda Musa kepada Musa as dan kisah cinta seorang ayah kepada puteranya iaitu Nabi Ya'qub kepada Nabi Yusuf a.s. Demikianlah kisah-kisah di dalam al-Quran yang boleh kita jadikan panduan. Sungguh cinta yang paling agung sudah tentu cinta hamba kepada Penciptanya! 

Perkahwinan yang didasari dengan niat yang ikhlas insyaAllah pasti berkekalan. Jika bukan keredhaan Allah yang diharapkan sudah tentu suami cepat merasa jemu dan si isteri pula tidak sanggup untuk berkorban. Pelbagai masalah akan timbul yang akhirnya membawa kepada keretakan dalam rumahtangga. Dalam soal kekeluargaan, Islam telah meletakkan beberapa garis panduan supaya ia sentiasa mengikut syariat yang ditetapkan. Bermula daripada mencari pasangan sehinggalah kepada ilmu keibubapaan. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang soal mencari pasangan dan sebagainya. Cukuplah tarikh ini mengingatkan saya untuk menjadi yang terbaik buat suami dan usia perkahwinan ibu ayah boleh dijadikan inspirasi.  

Wednesday, March 28, 2012

Harraz dan sekolah

Assalamualaikum...

Hari pertama ke sekolah. NO hat, NO play!

Alhamdulillah hampir 2 bulan Harraz sudah ke sekolah. Bukanlah setiap hari. Ada 1 minggu - 3 hari (Rabu, Khamis dan Jummat), manakala 1 minggu lagi - 2 hari (Khamis dan Jumaat). Bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Hari pertama ke sekolah, saya lihat dialah yang paling excited, menyapa sesiapa sahaja di sekolah, guru dan ibu bapa yang ada di situ. Cumanya Harraz kelihatan sedih apabila kami ingin pulang.

Sehari selepas ke sekolah, kami bertolak ke Melbourne. Bermakna Harraz bercuti selama dua minggu. Sekembali dari Melbourne, Harraz mula tidak mahu ke sekolah. Ya, saya faham bahawa mood bercuti masih belum habis lagi. Memang la kena sabar. Bangun pagi dah meragam, menangis bila kami hantar sampai satu hari tu, cikgunya terpaksa dukung Harraz dan bawanya ke tempat lain dan saya cepat-cepat keluar dari kelas. Saya pula yang terpinga-pinga. Hehe....2 minggu selepas itu, no more tears! Setiap hari nak ke sekolah. 

Apa yang perlu saya siapkan jika anak nak ke sekolah? 

1. Lunch Box
Saya kena sediakan makanan Harraz untuk waktu rehat dan tengahari. Kalau dulu saya selalu buntu nak masak apa tetapi sekarang ini saya masak 1 nasi goreng dan 1 sandwich atau pancake atau sewaktu dengannya. Yang pasti nasi goreng mesti kena ada. Setiap kali buat nasi goreng, habis juga makan. Air saya sediakan air berperisa. Setiap kali bekalkan air masak, macam tak pernah minum je. Bila buat air perisa, habis pula. Buah-buahan boleh diberi yang belum potong kerana pembantu cikgu akan potongkan.

2. Beg sekolah
Pastikan di dalam beg sekolah ada topi, baju dan seluar (spare). Sudah 2 kali cikgu bekalkan seluar dan baju basah dalam beg Harraz. Saya tak tahu apa yang Harraz buat dalam tandas. Kena selalu buat praktikal di rumah - wipe dengan tisu bila membuang. 

Sangkut beg dulu

3. Uniform sekolah
Ambil sahaja baju dan seluar yang telah digosok serta socks jangan lupa.

Antara hasil kerja di sekolah

Setakat ini, mungkin senang lagi untuk menguruskan anak. Kalau anak sudah ke sekolah rendah atau menengah sudah tentu kena membantu untuk menyiapkan kerja sekolah pula. InsyaAllah masa saya akan tiba jua. Selamat mengurus buat semua ibu dan bapa!

Tuesday, March 13, 2012

Berjalan ke Southern Perth (Part Akhir)

Assalamualaikum semua...

Lama sungguh blog ini saya tak jenguk. Berhabuk, bersawang sana sini. Mutakhir ini saya memang tidak berkesempatan untuk menulis. Awal februari lepas, kami ke Melbourne selama 2 minggu menemani suami mengutip data di Philip Island. Seterusnya bila pulang ke rumah macam-macam lagi kerja nak buat. Malam sudah penat walaupun itulah masa terbaik untuk mengadap laptop.

Tree Top Walk
Baiklah, saya sambung perjalanan kita sebelum sampai di Albany. Kalian boleh melawat Valley of the Giants Tree Top Walk di mana banyak aktiviti boleh dilakukan. Rasailah pengalaman berjalan setinggi 40 meter diantara kanopi pokok-pokok yang tinggi dan besar dan ada di antara pokok-pokok tersebut yang hanya terdapat di sini sahaja. Ada diantara pokok yang umurnya lebih 400 tahun. Ciptaan Allah itu menakjubkan bukan? Sudah tentu!!! Jika anda gayat orangnya, memang saya tidak galakkan

Albany
Alhamdulillah sampai juga kita ke destinasi terakhir iaitu Albany. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di sini dan jarakpun tidak jauh antara satu sama lain. Bagi saya keistimewaannya terletak pada kecantikan dan kedamaian pemandangannya. Walaupun perjalanan agak jauh, insyaAllah pasti berbaloi. Biarlah berjalan sambil melihat keagungan kejadian Allah, pasti tidak rugi. Di Albany, kalian boleh melawat Albany Wind Farm yang terletak 80m above Southern Ocean, The Gap and Natural Bridge, Dog Rock serta pemandangan yang sangat cantik.  Keupayaan 12 kincir angin di Albany membantu dalam membekalkan 80% tenaga elektrik yang diperlukan di Albany. 

Tidak perlu khuatir dengan tempat penginapan kerana sepanjang perjalanan terdapat banyak tempat untuk disewa. Sama ada boleh menyewa motorhome, camping site, motel, apartment dan sebagainya asalkan cukup ONGKOSNYA!