Monday, June 25, 2012

Mexican Bun / Papparoti / Rottiboy untuk suami dan anak-anak...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan-NYA. Begitu juga berita gembira dari Mesir iaitu calon Ikhwanul Muslimin telah diisytiharkan sebagai Presiden negara itu selepas memenangi pilihan raya, Alhamdulillah. Sejak hari Jumaat sehingga ke hari Ahad, jadual saya sangat padat. Maka saya sudah lama tidak menjenguk blog.

Hari Khamis yang lalu, saya berpeluang untuk membuat Mexican Bun. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Pappa Roti atau Rottiboy. Suami dan anak-anak saya sangat menyukai bun ini. Kebiasaannya saya membelinya di Utopia bersama dengan bubble tea. Setelah lama mencari resepi, saya mencuba resepi dari sini. Namun saya kurang berpuas hati lagi membuat bun ini kerana sewaktu saya membuat sweet dough, mixer saya berhenti mengejut dan saya terpaksa menguli dengan tangan (agak sukar) menyebabkan rotinya kurang gebu. Mungkin kena beli mixer yang tahan lasak selepas ini. 

Saya akan menulis bahan-bahan yang diperlukan untuk bun ini berserta cara-caranya mengikut bahagian supaya mudah untuk membuatnya.

Bahan-bahan / Cara-caranya :-

Filling
200gm butter (suhu bilik)
1/2 sudu kecil esen vanila
70gm brown sugar

1. Pukul butter menggunakan electric mixer (medium speed) selama 3 minit.
2. Kemudian masukkan esen vanila dan brown sugar.
3. Simpan di dalam peti sejuk sebentar dan kemudian bulat-bulatkan anggaran 20gm. Simpan semula sehingga anda ingin menggunakannya.


Ini adalah filling

Topping
200gm butter (suhu bilik)
160gm gula icing, diayak
3 biji telur (gred A), dipukul sedikit
1 sudu kecil coffee flavouring atau 2 sudu besar instant coffee dibancuh dengan 1 sudu besar air
secubit serbuk kulit kayu manis (dibancuh bersama coffee)
200gm tepung gandum, diayak

1. Pukul butter dan gula menggunakan electric mixer (medium speed) sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan coffee dan tepung serta pukul sehingga sebati (low speed)


Ini adalah topping

Sweet dough
500gm tepung roti
20gm susu tepung
75gm gula
6gm garam
8gm yis
1 buji telur, dipukul sedikit
270gm air atau 270gm susu  (tak perlu guna susu tepung jika sudah menggunakan susu) 
60gm butter (suhu bilik)

1.Campurkan tepung roti, gula dan garam dengan menggunakan electric mixer (dough hook) selama 1 minit (low speed)
2. Masukkan yis.
3. Tambahkan telur dan air atau susu
4. Mix dengan low speed selama 1 minit lagi
5. Mix dengan medium speed selama 8 minit
6. Masukkan butter
7. Mix dengan medium speed selama 5 minit atau sehingga doh lembut dan tidak melekit
8. Keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bulat anggaran 55gm.
9. Cover doh selama 10 minit.


Doh dibulatkan

Bentukkan bun

1. Leperkan doh yang bulat tadi menggunakan tangan
2. Masukkan filling di tengah-tengah
3. Tutupkan filling betul-betul supaya tidak terkeluar semasa membakar
4. Letakkan doh di atas tray
5. Cover doh dan letak di tempat warm selama 45 minit 
6. Dengan menggunakan piping bag, buat bentuk spiral di atas bun bermula dari tengah bun 
7. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 12 ke 15 minit

Enak dimakan ketika suam. 


Doh yang sudah ada filling - dibiar selama 45 minit

Topping menggunakan piping bag - saya buat tak cantik 

Siap dimakan - sekejap sudah habis

7 comments:

  1. Assalamualaikum Najwa..
    amboi patutla bau wangi je kat rumah najwa ni rupanya buat rotiboy. sedap tu. k umi tak pernah buat lg, tp kalau kat kl mmg suka beli dkt jusco dekat rumah.
    mixer yg biasa tu mmg tak brp sesuai nak buat doh roti. k umi pernah buat doh roti guna mixer lepas tu mixer rosak pulak agaknya doh roti ni lebih kenyal susah dia nak mix.mungkin pakai mixer mahal baru ok kot he he

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok! Kalau di Msia, pantang lalu depan atau berdekatan kedai bakery yg jual roti boy ni. Sebabnya pasti akan ter singgah untuk beli. Thanks kongsi resepi, ntah bila la mood rajin nak buat roti pula.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam kak ummi,
    hehe...kak ummi ni pandai mengayat la! najwa dulu masa berdua dengan faisal pun sangat la suka makan roti ni kat jusco hehe.. ha, kak ummi mesti pakai mixer bagus. najwa tengah tunggu encik suami hadiahkan kitchen aid. najwa tak kisah nak beli jenama breville pun ok dah...asalkan boleh guna cukup. :)


    mazia, nak buat roti ni memang kena sediakan mood betul :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, saya dah penah buat sekali tapi roti tak xmo naik, kelepet ja. Tak tau la pasai pa.. rasa mcm dah ikut step-by-step. Nanti nak cuba la yg nih...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak limah, terima kasih sudi menjenguk ke blog najwa. akak cuba la resepi yang ini, tapi ikut la kalau akak nak tambah tolak darab bahagi apa-apa yang patut supaya lagi sedap bun akak :)

    ReplyDelete
  6. wahh bagus tu suruh Faisal hadiahkan kitchen aid tahun ni he he..
    manader k umi tak mampulah nak beli mixer mahal2. pakai yg murah je utk buat kek. utk buat roti k umi pakai bread maker (BM) sbb tak larat nak uli dan tunggu lama2. campak je dlm BM pastu jimat sikit masa. uli pun sekejap sj.

    ReplyDelete
  7. najwa takde breadmaker. rasanya memang kena beli as dekat sini murah lagi katanya :) ada juga survey breadmaker. kitchen aid tu mahal le kak ummi.

    ReplyDelete