Friday, June 15, 2012

Sushi di Pagi Hari

Assalamualaikum ..... 


Sekejap sahaja minggu ini sudah hari Jumaat rupanya. Hari Jumaat, penghulu segala hari sangat banyak kelebihan yang boleh kita perolehi. Semoga kita sentiasa tergolong di dalam orang-orang yang sentiasa mengejar Amal kebaikan, insyaAllah. 


Pagi tadi saya agak rajin untuk membuat sushi kepada beberapa orang tetamu setelah segala kelengkapan sudah dibeli petang semalam. Seingat saya sudah 3 tahun saya tak buat. 'Bamboo' pun sudah menjadi permainan anak-anak. Untuk sushi kali ini, saya hanya menggunakan timun, telur, karot dan ikan sardin sebagai inti. Saya juga ada bekalkan untuk cikgu-cikgu Harraz ke sekolah.



Nasi sushi, sardin, timun dan karot

Telur dadar yang akan dipotong memanjang

Rumpai laut diletakkan di atas 'bamboo'

Ratakan nasi di atas rumpai laut

Letakkan inti dan kita gulung guna 'bamboo'

Dapat 6 gulung sebelum dipotong

Boleh susun cantik-cantik

Teroka lagi dekat

6 comments:

  1. Assalamualaikum Najwa,
    amboi rajinnya pagi2 buat sushi.. cayalahh.. :)

    ReplyDelete
  2. Kak Ummi : Waalaikumussalam... Dah lama sangat Najwa tak buat :) Teringin pulak. Itu yang semangat terlebih :) Nak beli, macam tak berbaloi pula...

    Mazia : Maaf mazia, cepat sangat habis :)

    ReplyDelete
  3. as salam....
    salam perkenalan dr saya...tahu blog ni dr blog Ummi Mayram...
    first time tgk org buat sushi...lepas ni bleh la try...nampak mcm simple je kan....thanks for the simple resepi ni...

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam puan...
    terima kasih kerana sudi membaca entry najwa. boleh cuba lepas ni. beli beras sushi, vinegar, seaweed dan bamboo untuk mudahkan kita menggulungnya :)Selamat Mencuba!

    ReplyDelete