Sunday, June 17, 2012

Keselamatan Anak : Little Ted untuk Ahmad Harraz

Assalamualaikum...


Alhamdulillah saya diberi peluang oleh-NYA untuk menulis lagi. Alhamdulillah juga atas nikmat IMAN dan ISLAM yakni nikmat yang paling besar sekali selain daripada nikmat makan, bernafas, sentuhan dan pelbagai lagi sehinggakan Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat 109 : 


"Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalaulah sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh keringlah lautan sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula), sebagai bantuan"


Hari ini kami ke kenduri kahwin anak Kak Tini dan Abang Mus (tauke Bentley halal butcher) dan ucapan tahniah buat Kak Tini sekeluarga atas kehadiran menantu sulong mereka. Jalan punya jalan, kami juga singgah makan di Formosa Vegetarian Restaurant di Northbridge. Baiklah, mari saya bercerita tentang Little Ted kepunyaan Ahmad Harraz. 


Siapa Little Ted?
Little Ted kami gelarkan kepada Teddy Safety Harness Backpack yang kami belikan untuk Ahmad Harraz.

Little Ted


Kenapa kami beli?
Pada mulanya memang kami rasa tiada keperluan walaupun Ahmad Harraz kalau berjalan he doesn't like to hold hands, he very strongly wanted to be walking and to be independent sehinggalah di suatu petang itu ada satu peristiwa yang membuatkan jantung saya seakan akan berhenti walaupun saya masih lagi bernafas. Anak saya peramah orangnya, suka bersembang dan petang itu dia boleh bersembang dengan orang yang tengah mabuk huhu. Sudahlah 2 kali orang itu peluk Ahmad Harraz. Saya yang sedang pegang Ahmad Zaki yang sedang tidur hanya berdoa dari jauh. Abinya sedang beli tiket parking kereta. Kejadian itu berlaku ketika kami membawa abang ipar dan keluarga yang datang bercuti. Masing-masing tergamam! Jadi sejak hari itu memang saya bertekad hendak beli!


Di mana saya beli?
Sebelum beli, saya dan suami memang suka survey dulu harga supaya tidak akan kecewa kelak. Maksudnya cari dulu tempat yang ada sale. Kami mula survey di Baby Bunting, Toys r Us dan Mothercare. Semua harga sama. Memang tidak ada diskaun. Harga lebih kurang AUD 30. Saya bagi tahu suami yang saya nak cari dekat Sunday Market dulu. Alhamdulillah, memang rezeki kami, rasanya terjumpa 1 sahaja sepanjang kami mencari dan harganya AUD 4! Sangat berbaloi!


Ahmad Harraz suka tak?
Mula-mula dia kata itu Ahmad Zaki punya. Tetapi bila kami terangkan kepadanya dan menamakannya Little Ted, dia mula tertarik. Duduk dalam rumah pun nak pakai. Sekadar pakai sahaja. Tidur pun Little Ted kena ada.


Selalu dalam rumah nak juga Little Ted

Comel tak Little Ted saya?


Anda perlu tak?
Jika anak-anak anda boleh dikawal, anda mungkin tidak perlu. 


Saya suka mengambil petikan dari seorang ibu tentang safety harness backpack,

"Do whatever works for you as a parent, whether it be by using a child harness for your child or by simply holding your child's hand, its all about safety anyway, that is the real aspect of the matter, so I really don't know why some make it a point to judge a parent on how they restrain their child....I say mind their own business, raise their child the way they want and leave others alone, ....its none of their concern. There is far worse in this world than a parent using a harness to restrain their child...at least they do have safety as a concern, they wouldn't be using it if they didn't. I'd be more concerned about the parent that lets their child run around like a chicken with its head cut off.....now that something to worry about" - Proud Mommy-









2 comments:

  1. Assalamualaikum Najwa,
    wah Harraz dah ada kawan baru, Little Ted :) comelnya.. beli kat sunday market yer? hmm mmg risau kan bila jd perkara mcm tu, k umi ni pun dah beberapa kali jd mcm tu, tiba2 je diorg hilang kat supermarket. tp si yiyi tu lg teruklah masa dia tadika, dia tertido dalam bas sekolah lepas tu ada hamba Allah selamatkan dia dan keluarkan melalui tingkap bas. nasib baik k umi ada tulis nama dan no fon kat beg sekolah dia. kecut perut dah driver bas sekolah dan pengetua tadika masa tu. Alhamdulillah dia selamat.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kak Ummi...
    Ye dah ada kawan baru. Nasib baik dia mahu juga guna. Ye, beli di Sunday market. Hari ni najwa tak sempat pergi lagi huhu.. rindu nak pergi walaupun takde apa nak dibeli :) Itulah yang kita risau dengan anak-anak. Bukan kita tak jaga, bukan tak diberi nasihat. Perhatian kena lebih. Tambah pula anak lelaki :) Nasib baik kak Ummi ada tulis pengenalan diri ya. Budak-budak penat lepas sekolah, ada sahaja peluang nak rehat itu yang sampai tertidur. Alhamdulillah kak Ummi...

    ReplyDelete