Sunday, March 31, 2013

KAMI dan Ready Stock Corelle!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Kami sekeluarga Alhamdulillah berada dalam keadaan baik cuma kesihatan tidak beberapa sihat. Perubahan musim barang kali. Sejak Harraz sekolah, tugas saya semakin sibuk (macam dia seorang sahaja sibuk hehe). Maklum la pengalaman anak sulung sekolah setiap hari. Bangun pagi siap sarapan dan bekalan Harraz. Hantar sekolah. Kadang-kadang bawa Zaki keluar - kesian pula kalau dia asyik duduk di rumah sahaja. Ambil Harraz sekolah, sediakan makanan, hantar Harraz mengaji (Isnin dan Jumaat). Untuk pengetahuan juga, setiap hari selasa saya ada swimming class. InsyaAllah minggu depan last class dan rasanya berminat untuk sambung next term.

Oh, berkenaan dengan Ready Stock Corelle ( 16 pieces ) seperti corak di bawah, sesiapa yang berminat boleh hubungi adik saya di talian 019-6443039. Harga RM250 tidak termasuk pos. Harga pos RM40. Kuantiti adalah TERHAD!









Tuesday, February 5, 2013

Selamat Hari Lahir Harraz,5 dan Zaki,2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 16 dan 18 Januari yang lepas, kami telah menyambut ulangtahun kelahiran putera-putera jantung hati ummi dan abi. Ahmad Harraz 5 tahun dan Ahmad Zaki 2 tahun. Seperti tahun sebelumnya, kami mengadakan sedikit jamuan makan. Namun tidak pula untuk tahun ini. Kesuntukan masa ditambah dengan kekurangan tenaga menyebabkan saya hanya mampu buatkan kek sahaja dan membawa anak-anak makan diluar. Untuk kek Harraz saya buat kek coklat lembap manakala untuk Zaki saya buat kek karamel. Cumanya kek karamel sedikit kurang menjadi. Alhamdulillah, hari lahir Zaki disambut bersama dengan kedatangan opah, mak teh dan qistina. Meriah juga :)

Moga Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam peliharaan Allah yang Maha Menjaga. Amin...


Nampak je kek ni, dah tak sabar mau makan

Sempat lagi gigit pisau

Bismillah....

Background silap

Zaki, Ummi, Qistina dan Harraz

Mak teh, opah, qistina, harraz dan birthday boy

Tahun depan ummi buat kek lagi cantik ye Zaki

Terima kasih auntie Mazia dan Maryam. Susah-susah aja...

Wednesday, January 30, 2013

Sebulan tidak menulis, Harraz belajar berenang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya menyambung kembali penulisan saya setelah hampir sebulan membiarkannya ibarat tiada bertuan. Saya sibuk dengan aktiviti harian iaitu semenjak Harraz ada kelas renang setiap hari selama 10 hari sempena cuti sekolah ini serta menerima kedatangan tetamu dari Malaysia iaitu mama, kak Teh dan Qistina. Bercerita tentang kelas renang Harraz, saya telah mendaftar Harraz untuk kelas renang di Gosnells Leisure World kerana ia berdekatan dengan rumah kami. Kelas bermula pada 7 hingga 18 Januari pada pukul 10.05 pagi. Kebiasaannya saya bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pagi dan sebelum kelas bermula Harraz boleh bermain-main dahulu.

Hari pertama saya membawa Ahmad Zaki dan menunggu sehingga kelas habis iaitu selama 30 minit sahaja. Selesai kelas, saya pula turun dalam air bersama anak-anak. Namun untuk hari yang kedua dan seterusnya, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Zaki di creche iaitu servis untuk menjaga bayi atau kanak-kanak ketika ibu bapa menggunakan gym, pool atau apa sahaja tetapi hanya di dalam leisureplex tersebut. Bayaran hanya AUD3.80 untuk 1 jam 30 minit. Alhamdulillah Zaki sangat suka setiap kali saya menghantarnya kerana banyak permainan yang disediakan dan kakitangannya sangat-sangat membuatkan saya tertarik :) Kenapa saya pula yang melebih? hehe. Cuma kita sediakan snack serta pampers untuk anak-anak.

Alhamdulillah bermula hari pertama sehingga hari terakhir kelas, Harraz menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Bermula daripada takut nak selam muka ke dalam air sehingga boleh selam dengan lama menggunakan teknik pernafasan yang diajar. Cikgunya, Fraser mengajar dengan sabar sekali. Bukan senang nak mengajar kanak-kanak secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang kerana apabila kanak-kanak masuk pool, bukan main nak berenang ke sana ke mari. InsyaAllah kami sedang merancang untuk mendaftar Harraz untuk kelas renang yang seterusnya.


Sedia untuk beraksi, sebelah ialah Maryam menunggu cikgu panggil

Hari pertama

Air masuk hidung ye

Kumpulan Harraz

Add caption

Sijil setelah tamat kelas