Saturday, July 7, 2012

Slow-cooked Osso Bucco - Simple and Easy

Assalamualaikum...


Beberapa hari ini langsung tak sempat menulis. Hari ini baru ada sedikit masa. Saya masak osso bucco ini minggu lepas. Bila musim sejuk ini, memang sedap makan sup atau stew. Senang dan ringkas sahaja. Boleh masak 2 days in advance! Lagi sedap. Anda cuma perlukan slow cooker. Lebih bagus lagi yang boleh masak atas dapur supaya kita tak perlu untuk alihkan daging setelah di browning. Senang kerana masukkan sahaja bahan-bahan dan biarkan sehingga masak. Saya masak selama 8 jam. Anda boleh buat kerja lain sementara ia masak. Lihat gambar sahaja boleh faham.


Celery dan carrot potong dadu

Lebih mudah guna apa sahaja sos - apa yang ada dalam gerobok

Masukkan butter dan olive oil dalam slow cooker dan panaskan atas dapur

Coating osso bucco dengan tepung gandum dan browning untuk beberapa minit

Masukkan celery dan carrot (letak di bahagian bawah)

Masukkan sos dan 300ml stok (ayam/daging) atau air

Masak selama 8 jam jika low heat atau 4 jam high heat

Sedia untuk di makan!

P/S :- Boleh kacau 4 jam pertama dan tambahkan garam atau gula jika perlu.


2 comments: