Friday, July 27, 2012

Murtabak Daging (mini)

Assalamualaikum....

 Alhamdulillah, sudah masuk Ramadhan ke-7 hari ini. Cepat ya masa berlalu. Semalam saya tidak memasak kecuali saya ada buat sedikit murtabak mini memandangkan kami ada banyak daging kisar. Saya makan makanan yang ada di dalam peti ais dan juga untuk suami dan anak-anak saya, kami takeaway dari kedai ex-boss saya. Mana lagi kalau bukan Izyan Cafe di Spencer Village. Saya mencari resepi yang senang sahaja dan alhamdulillah dapat resepi daripada myresepi.com kiriman minami133. Hanya menggunakan kulit popiah sahaja. Saya terlupa nak mengambil gambar.

Suami memang suka makan murtabak, sekejap sahaja habis. InsyaAllah, masih ada lagi lebihan inti, saya akan update gambar. Sangat mudah. Alang-alang ke kedai Mak Aji (panggilan ex-boss), saya ada bekalkan untuknya sedikit berserta pencicah bawang cuka. Bukan main seronok Mak Aji, senyum melebar. Mak Aji memang suka kalau saya beri makanan yang saya masak, dia suka nak rasa walaupun Mak Aji dan Pak Aji pandai lagi memasak. Kepada anda yang suka makan murtabak daging terutama yang duduk diperantauan, memang saya syorkan untuk menggunakan resepi ini. Sedap dan mudah!

Update gambar :)


Inti daging dan kentang

Inti diletakkan ditengah-tengah - bentuk 4 segi

Lipat kanan kiri atas dan bawah - dan masak

Alhamdulillah, murtabak penuh daging, kurang bawang :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum Najwa,
    tak tahu pulak ada kafe kat spencer village. dia buka time bila tu? masakan melayu yer? haritu ada lalu tgk ada kafe bunga raya. dekat2 situ ke?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kak Umi,
    Ye, dekat situ Ada food court. Ada beberapa Kate yang halal Dan boleh makan. Buka setiap hari kecuali isnin Dan selasa. Buka sampai jam 8.30 malam. Masakan melayu Ada, Indonesia Ada, nak makan capati

    ReplyDelete