Saturday, July 7, 2012

Chicken Karagee

Assalamualaikum...


Last night suami saya nak makan masakan ala Jepun. Sejak semalam suami memberitahu saya yang dia nak masak makanan Jepun. Suami ada pesan pada saya supaya lihat resepi chicken karagee yang telah digoogle olehnya. Saya sudah siap mengeluarkan ayam bahagian thighs. Sebelum mengambil suami dari uni petang semalam saya, ayam telah pun saya marinated mengikut resepi di sini. Suami hanya minta saya tolong buat sushi sahaja dan yang lain dia boleh uruskan :) Kalau dulu biasanya makan di Taka. Setelah tidak memperbaharui sijil halal, kami tidak lagi makan di situ. Pernah juga kami makan di Shimizu. Selepas ini, boleh masak sendiri. Jimat betul :)




Bahan-bahan untuk Chicken Karagee:-

450 gm ayam bahagian thighs
1 sudu besar halia (diparut) *
1 ulas bawang putih (diparut) *
2 sudu besar kicap (saya guna kicap cair) *
2 sudu kecil gula (saya tambah satu lagi) *
1/3 cawan potato starch (untuk smenyalut ayam)
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1. Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Masukkan bahan yang bertanda * dan gaul sehingga sebati.
3. Perapkan ayam di dalam bahan tersebut selama 1 jam.
4. Goreng sehingga garing / masak.



Medium grain rice, chicken karagee, sushi, mayonis jepun dan miso soup

Boleh dibeli di kedai oriental





6 comments:

  1. Pe kata try buka restoran sushi yg halal kat sini. gerenti laku punya. :)

    ReplyDelete
  2. Alahai Kak Umi, setakat makan kat rumah je boleh le. Nanti cepat pulak bungkus restorennya :)

    ReplyDelete
  3. apa salahnya, kalau diorg bungkus najwa belilah buka cawangan byk2 :D

    ReplyDelete
  4. Najwa yang bungkus Kak... Mana boleh lawan orang jepun masak masakan jepun ;)

    ReplyDelete
  5. salam kak najwa... miso sup tu buat cemana ye? ada ready made serbuk dia ke or made from scratch? hehe.. sbb husband aini suka sgt miso sup tu tp x brani nak beli kt sini. xda yg bertanda halal. eventho buat dr soya, tp sbb tulisan sume dlm jepang, xpaham ingredients. hehe..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam puan sini, ye miso sup tu beli serbuk dalam packet. Tak rajin nak masak sendiri.

    ReplyDelete