Thursday, June 14, 2012

Beraktiviti di Playgroup

Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ini saya berpeluang membawa Ahmad Zaki ke playgroup. Sejak datang ke sini, memang inilah playgroup yang saya join. Sejak umur Harraz beberapa bulan lagi saya sudah membawanya ke sini. Kali ini saya datang dengan Ahmad Zaki sahaja kerana Ahmad Harraz ke sekolah. Kebetulan pula suami saya ada di uni (tidak jauh dari playgroup). Jika di rumah lama dahulu, saya ke playgroup hanya dengan berjalan kaki sahaja. Tak sampai 5 minit dari rumah. Namun sejak pindah ini, saya perlukan kereta untuk ke sana. 


Playgroup ini mempunyai seorang koordinator (tak tahu apa perkataan yang sesuai) yang akan memastikannya berjalan lancar. Antara tujuan ia diadakan supaya anak-anak serta ibu bapa dapat bersosial bersama-sama rakan yang lain. Playgroup ini akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Kebiasaannya ada sedikit donation daripada anda iaitu sebanyak AUD 2. Anda juga digalakkan membawa buah untuk anak-anak makan. Seperti biasa anda boleh memilih duty roster seperti mengeluar dan menyimpan barang permainan, memotong buah, mengemas meja, menyapu lantai dan sebagainya. 


Nampak gayanya hari ini hanya ada sedikit sahaja ibu yang hadir. Mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu apabila masuk musim winter ini. Apapun ada beberapa keping gambar yang sempat saya tangkap walaupun agak sukar kerana Ahmad Zaki tidak duduk diam.



My name is Ahmad Zaki

Testing Testing

My fovourite car colour - YELLOW!

Try another car!

Both sisters Aussie-Korean!

Push the stroller!

More!

Love cars!

Cooking time!

Play dough!


2 comments:

  1. Wah seronoknya join playgroup. terasa mcm nak join Ahmad Zaki sekali lah. boleh ke auntie nak join ni? alala comelnya tolak stroller tu ehehehe :)

    ReplyDelete
  2. Kak Ummi....boleh sangat kalau nak join. Depan Bentley butcher je ;)

    ReplyDelete