Tuesday, May 1, 2012

Tiramisu Tanpa Telur

Assalamualaikum...

Bila cakap tentang Tiramisu, rata-rata ramai yang terliur dek kesedapan dessert dari Italy itu. Saya juga tidak terkecuali. Apa sahaja dessert yang sedap, saya akan cuba buat. Saya lebih prefer untuk membuat tiramisu tanpa menggunakan telur. Alhamdulillah saya jumpa resepi yang senang dan terbaik! Saya ubahsuai sedikit dari resepi chocolatesuze

Antara dessert kegemaran suami 


Bahan-bahannya :-

250gm mascarpone cheese
1 cawan thickened cream
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil esen vanila
200gm biskut lady fingers
2 cawan kopi (saya buat mild dan disejukkan)


Cara-caranya :-

1. Pukul krim sehingga kembang.(A)
2. Dalam bekas lain, pukul pula mascarpone cheese bersama gula dan esen vanila sehingga sebati. (B)
3. Satukan (A) ke dalam (B) dan kaup balikkan secara perlahan-lahan. Letakkan ke tepi. (C)
4. Celupkan biskut lady fingers ke dalam kopi  beberapa saat dan susun di dalam bekas. 
5. Layerkan dengan (C) dan ulangi langkah (4) sehingga habis.

Untuk lebih mudah, bahagikan (C) mengikut lapisan yang anda inginkan.  
Jika bekas besar boleh buat 2 lapis.
Jika bekas kecil boleh buat 3 lapis. 




1 comment:

  1. terima kasih bg kek marble haritu. mmg sedap lah. nanti ovalette dah habis bgtau ye hehehe

    ReplyDelete