Sunday, March 31, 2013

KAMI dan Ready Stock Corelle!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Kami sekeluarga Alhamdulillah berada dalam keadaan baik cuma kesihatan tidak beberapa sihat. Perubahan musim barang kali. Sejak Harraz sekolah, tugas saya semakin sibuk (macam dia seorang sahaja sibuk hehe). Maklum la pengalaman anak sulung sekolah setiap hari. Bangun pagi siap sarapan dan bekalan Harraz. Hantar sekolah. Kadang-kadang bawa Zaki keluar - kesian pula kalau dia asyik duduk di rumah sahaja. Ambil Harraz sekolah, sediakan makanan, hantar Harraz mengaji (Isnin dan Jumaat). Untuk pengetahuan juga, setiap hari selasa saya ada swimming class. InsyaAllah minggu depan last class dan rasanya berminat untuk sambung next term.

Oh, berkenaan dengan Ready Stock Corelle ( 16 pieces ) seperti corak di bawah, sesiapa yang berminat boleh hubungi adik saya di talian 019-6443039. Harga RM250 tidak termasuk pos. Harga pos RM40. Kuantiti adalah TERHAD!









Tuesday, February 5, 2013

Selamat Hari Lahir Harraz,5 dan Zaki,2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 16 dan 18 Januari yang lepas, kami telah menyambut ulangtahun kelahiran putera-putera jantung hati ummi dan abi. Ahmad Harraz 5 tahun dan Ahmad Zaki 2 tahun. Seperti tahun sebelumnya, kami mengadakan sedikit jamuan makan. Namun tidak pula untuk tahun ini. Kesuntukan masa ditambah dengan kekurangan tenaga menyebabkan saya hanya mampu buatkan kek sahaja dan membawa anak-anak makan diluar. Untuk kek Harraz saya buat kek coklat lembap manakala untuk Zaki saya buat kek karamel. Cumanya kek karamel sedikit kurang menjadi. Alhamdulillah, hari lahir Zaki disambut bersama dengan kedatangan opah, mak teh dan qistina. Meriah juga :)

Moga Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam peliharaan Allah yang Maha Menjaga. Amin...


Nampak je kek ni, dah tak sabar mau makan

Sempat lagi gigit pisau

Bismillah....

Background silap

Zaki, Ummi, Qistina dan Harraz

Mak teh, opah, qistina, harraz dan birthday boy

Tahun depan ummi buat kek lagi cantik ye Zaki

Terima kasih auntie Mazia dan Maryam. Susah-susah aja...

Wednesday, January 30, 2013

Sebulan tidak menulis, Harraz belajar berenang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya menyambung kembali penulisan saya setelah hampir sebulan membiarkannya ibarat tiada bertuan. Saya sibuk dengan aktiviti harian iaitu semenjak Harraz ada kelas renang setiap hari selama 10 hari sempena cuti sekolah ini serta menerima kedatangan tetamu dari Malaysia iaitu mama, kak Teh dan Qistina. Bercerita tentang kelas renang Harraz, saya telah mendaftar Harraz untuk kelas renang di Gosnells Leisure World kerana ia berdekatan dengan rumah kami. Kelas bermula pada 7 hingga 18 Januari pada pukul 10.05 pagi. Kebiasaannya saya bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pagi dan sebelum kelas bermula Harraz boleh bermain-main dahulu.

Hari pertama saya membawa Ahmad Zaki dan menunggu sehingga kelas habis iaitu selama 30 minit sahaja. Selesai kelas, saya pula turun dalam air bersama anak-anak. Namun untuk hari yang kedua dan seterusnya, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Zaki di creche iaitu servis untuk menjaga bayi atau kanak-kanak ketika ibu bapa menggunakan gym, pool atau apa sahaja tetapi hanya di dalam leisureplex tersebut. Bayaran hanya AUD3.80 untuk 1 jam 30 minit. Alhamdulillah Zaki sangat suka setiap kali saya menghantarnya kerana banyak permainan yang disediakan dan kakitangannya sangat-sangat membuatkan saya tertarik :) Kenapa saya pula yang melebih? hehe. Cuma kita sediakan snack serta pampers untuk anak-anak.

Alhamdulillah bermula hari pertama sehingga hari terakhir kelas, Harraz menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Bermula daripada takut nak selam muka ke dalam air sehingga boleh selam dengan lama menggunakan teknik pernafasan yang diajar. Cikgunya, Fraser mengajar dengan sabar sekali. Bukan senang nak mengajar kanak-kanak secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang kerana apabila kanak-kanak masuk pool, bukan main nak berenang ke sana ke mari. InsyaAllah kami sedang merancang untuk mendaftar Harraz untuk kelas renang yang seterusnya.


Sedia untuk beraksi, sebelah ialah Maryam menunggu cikgu panggil

Hari pertama

Air masuk hidung ye

Kumpulan Harraz

Add caption

Sijil setelah tamat kelas


Thursday, December 27, 2012

Juicer Oscar Neo in the house

Assalamualaikum...

Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, suami saya telah membeli juicer untuk kegunaan kami. Suami saya berhajat untuk membelinya kerana kami sekeluarga gemar minum jus yang 100% squeeze, dan ini adalah berbeza dengan reconstitute jus. Secara asasnya, reconstitute jus adalah jus yang telah dikondensasi di kilang buah untuk memudahkan proses pengangkutan dan seterusnya bila sudah sampai di kilang jus, jus yang dikondensasi tadi (bentuk pepejal) akan dicairkan dengan air. Melalui proses kondensasi ini ia akan menghilangkan zat-zat vitamin kerana itu anda akan selalu perasan di dalam ramuan jus, pengilang akan menambah vitamin C (ascorbic acid) kerana ia telah hilang dalam proses kondensasi tadi.

Tetapi kesukaan kami pada squeeze jus ni ada harganya kerana squeeze jus (contoh di aussie ini brand yang best adalah nudie!) adalah mahal lebih 2 kali ganda dari reconstitute jus. Biasanya ia AUD5-6 untuk 2 liter sementara reconstitue juice hanyalah AUD2-3 untuk kuantiti yang sama. Melalui pembacaan oleh suami saya, terdapat 2 jenis juicer yang umum iaitu cold pressed juicer dan centrifugal juicer. Terdapat beberapa perbezaan diantara keduanya. Antaranya ialah dari segi ketahanan zat vitamin kerana kebanyakan centrifugal juicer menggunakan sehingga 30 000 rpm yang mana akan menyebabkan kepanasan lalu boleh menghilangkan zat-zat tersebut manakala cold pressed juicer hanya menggunakan sehingga 200 rpm sahaja.


Cold pressed juicer


Centrifugal juicer

Bagi saya untuk jangka masa panjang lebih jimat membeli juicer berbanding daripada membeli jus di luar. Juicer oscar neo juga boleh digunakan untuk mengekstrak tumbuhan hijau serta herba dengan minimum waste. Untuk pengetahuan juga, ia bukan sahaja boleh membuat jus tetapi juga boleh menukar doh menjadi pasta, membuat peanut butter, dip, baby food dan pelbagai makanan lagi. Saya bukan nak promote ya :)



Buah-buahan yang akan dikorbankan

Buah-buahan tadi dipotong dahulu

Jus pear serta hampas buah

Harraz kata suka jus buah anggur

Jus anggur - Alhamdulillah banyak serta sedap



Specifications
Model: OSCAR neo
Dimensions: 250mmL x 180mmD x 226mmH
Voltage: 230V / 50Hz (150W power)
Motor: Single-phase Induction
Screw RPM: 63-75
Fuse: T5AL 250VAC
Certified: CE
Warranty: 20 years motor, 5 years parts and labour

Tuesday, December 25, 2012

Cubaan pertama - Stuffed baked potato

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya mencuba lagi resepi baru ilham daripada adik Aleen yang telah membawa pot luck baked potato tempoh hari. Sebelum memasak, saya membuat sedikit research tentang bagaimana  untuk  baked potato dengan cara yang terbaik. Kebetulan pula saya mempunyai simpanan potato yang sangat banyak kerana saya ada membeli 4kg potato dan masih lagi berbaki. 

Apa yang saya faham melalui pembacaan saya, untuk mendapat tekstur yang baik anda perlu mengikuti beberapa langkah iaitu :-

1. memilih potato yang agak besar supaya senang untuk dibelah
2. membasuh kulitnya dengan membuang segala kekotoran kerana kita akan makan kulitnya sekali - pada kulitnya terdapat banyak garam mineral
3. keringkan potato dengan baik
4. buat beberapa lubang dengan menggunakan garpu
5. sapu potato dengan minyak zaitun
6. susun di atas tray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit ke 60 minit

Anda tidak perlu membungkusnya dengan aluminium foil kerana konsepnya akan sama dengan merebus potato yang mana boleh menyebabkan potato tersebut soggy.

Sementara menunggu potato masak, anda boleh menyediakan inti kegemaran anda. Di sini, separuh potato saya menggunakan ikan sardin (ayam brand) dan separuh lagi saya gunakan sosej ayam dan pressed beef. Setelah potato masak, anda biarkan sehingga ia sejuk sedikit. Belah dua potato tersebut dan perisi isinya dan campurkan inti dan masukkan semula. Seoson dengan grated cheese. Bakar semula lebih kurang 15 minit. InsyaAllah rasanya tidak menghampakan.


Sebelum dibakar

Inti sardin

Setelah dibakar

Boleh makan dah :)

Membawa anak-anak ke Jungle Gym

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas menghayati kehidupan ini. Jika ikut ramalan cuaca hari ini, suhu akan menjangkau sehingga 39 darjah celcius. Minggu ini juga ada 2 hari suhu akan menjangkau 40 darjah celcius. Bila suhu panas, alamatnya duduk di dalam rumah adalah yang terbaik. Berbalik kepada hari Rabu yang lepas, saya berpeluang membawa anak-anak ke Jungle Gym bersama kawan saya Mazia dan anaknya Maryam. Kali pertama saya pergi ialah ketika menyambut hari kelahiran Syifaa Rania, 2 tahun lepas.

Jarak dari rumah saya dengan Jungle Gym tidaklah jauh. Tak sampai 10 minit jika menaiki kereta. Kereta saya (suami baru belikan) tidak mempunyai GPS menyebabkan saya meminta Mazia datang ke rumah saya dahulu dan saya ikut dari belakang. Bayaran sebanyak AUD6 dikenakan selama 2 jam iaitu bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka memandangkan cuti sekolah baru bermula. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati kerana dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang menarik. Ada 3 keping gambar, ihsan dari Mazia kerana saya tak berpeluang untuk mengambil gambar anak-anak.



Suka sangat bergayut dekat tali tu

Zaki yang aktif mencuba semua benda

Harraz dan Maryam turun slide

Friday, December 21, 2012

Slot USRATI di IKIM -Ubat hati penawar jiwa-

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setiap hari Jumaat saya cuba memberi masa kepada diri untuk sama-sama mendengar slot kegemaran saya di IKIM iaitu Slot Usrati bersama dengan Ustazah Norhafizah Musa. Bukan saya tidak mendengar slot yang lain tetapi tetapi slot ini sangat dekat pada diri saya yang serba kekurangan untuk menjadi yang terbaik kepada seorang suami, anak, ibu bapa dan orang disekeliling kita. Bagaimana kita mahu mendidik anak-anak kita yang kita harapkan sebagai seorang yang soleh andaikata kita dirumah sewaktu mereka kecil kita didik dengan kasar, acuh tidak acuh, makanan tidak menentu, solat juga kita lewat, pakaian kita tidak sempurna???

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membesarkan anak-anak tanpa pengasuh atau orang lain yang menjaga. Tipu kalau saya kata tidak penat, tetapi saya percaya setiap perkara sebesar biji sawi akan tetap dibalas Allah sama ada dengan kebaikan atau keburukan. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bayi bukan dilahirkan terus pandai. Semuanya berlaku melalui proses pembelajaran. Banyak yang saya dapat daripada slot ini. Jadi saya ingin kongsikan slot kali ini yang mana sambungan daripada slot minggu lepas di bawah tajuk :-

10 penawar segera buat hati, penawar jiwa

1. Bangun disaat menjelang fajar untuk beristighfar kepada Allah - walaupun kita tak sempat nak bangun qiamullail namun usaha juga untuk bangun mungkin 5 minit sebelum subuh untuk meminta keampunan daripada Allah atas apa jua yang telah kita lakukan.

2. Beri sedikit masa harian untuk bertafakur kepada Allah -  mungkin selepas maghrib untuk kita muhasabah diri kita.

3. Menjalin hubungan dengan orang soleh - menjadi penawar yang sangat baik. Walaupun kita kadang-kadang tidak kenal dengan Ulama' tersebut tetapi bila pandang mukanya, sejuk rasa hati. Begitu juga kita boleh lihat telefon kita ada tak nombor telefon mereka (ustaz/ustazah)? mungkin yang banyak nombor telefon Kak Timah kuih tat ke, kak itu tupperware ke? Semuanya benda dunia. (SANGAT TERKENA PADA DIRI)

4. Sehelai muka surat Al Quran sehari untuk kita bertadabbur - Jika tak boleh sehelai, 2 ayat pun boleh sudah cukup. Ingat, bukan membaca sahaja tetapi memahami makna setiap bait ayat.

-akan bersambung-


Ku ingin menjadi bunga yang cantik di pandang, wangi ketika dicium, indah ketika suram....