Assalamualaikum...
Hampir sebulan saya tidak menulis. Jadual saya penuh ditambah pula rasa malas untuk menulis menyebabkan saya kurang menjenguk blog ini. Alhamdulillah, ibu dan ayah baru 2 hari lepas pulang ke kampung setelah 2 minggu bersama kami di sini. Adik-adik saya pula pulang awal seminggu. Segala perancangan berjalan dengan baik. Kehadiran mereka bermula pada petang ahad, 11 November. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang mereka berada di sini. Kali pertama keluarga saya datang ialah 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini adik ipar dan anak saudara saya - kali pertama datang. Saya dan suami telah mengatur beberapa perancangan seperti membawa mereka ke Albany dan Margaret River - melihat suasana outback di sini.
Ibu dan ayah sempat 2 kali ke Sunday Market dan rezeki ibu saya kerana saya memang ada hasrat nak membawa ibu ke Baby and Kids Market di Belmont. Maksudnya Ahad yang lalu seawal jam 7.30 pagi kami ke Sunday Market di Maddington kemudian ke Belmont pula. Sampai di rumah jam 12 tengahari. Apa yang istimewa sangat Sunday Market dan Baby and Kids Market ini? Barang-barangnya semurah 10 sen dan boleh dapat yang masih bagus lagi dan ada yang baru. Seronok opah dan atok membeli barang. Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan kehadiran mereka dan terubat rindu :)
""How many things do we own, how much wealth do we possess, how many blessings do we enjoy, how many things do we have that bring us delight? So, rejoice and be a good cheer."" -Dr. 'Aid al-Qarni-
Thursday, November 29, 2012
Wednesday, October 31, 2012
How much I love Avocado or Alligator pear!
Assalamualaikum...
![]() |
| Rich in monounsaturated oil, the same heart-friendly fat found in olive oil and have more soluble fibre than most other fruit |
Today i want to write about one of my favourite fruit, avocado or known as alligator pear because of the shape and rough skin. Although it is often mistaken for a vegetable, the avocado is a fruit - the reproductive part of the plan. The avocado contains approximately 700 kilojoules in an 80gm serving, and it has more kilojoules and fat than other fruit. However, because most of the fat in avocados is monounsaturated, it does not raise blood cholesterol levels, unlike the saturated oil that comes from palms and a number of other tropical plants. May be durian? Oh, my favourite too! Hehe
So, we have a choice! We can reduce our kilojoule intake by using avocado rather than butter or margerine on our sandwiches. 1 tablespoon of avocado has 170 kilojoules compared with 600 kilojoules in 1 tablespoon of butter or margerine. Avocados are rich in two phytochemicals : beta-sitosterol, an important phytochemical linked with lower cholesterol and glutathione - an antioxidant that may offer protection several cancers. They start to ripen only after being cut from tree. Mature fruit can be left on the tree for 6 months without spoiling. Avocado is suitable for infants from 6 months of age.
Benefits
A good source of vitamin C, E and B6, pottasium and dietry fibre
Useful amounts of iron, magnesium and folate
Drawbacks
High kilojoules, with 85% coming from fat
![]() |
| This is what i love most - avocado with honey and evaporated milk |
-Foods that harm, foods that heal-
Labels:
Foods that harm,
foods that heal
Location:
Perth WA, Australia
Tuesday, October 30, 2012
Mee Celup - resepi dan masakan dari suami
Assalamualaikum...
Baru-baru ini, suami saya teringin sangat nak makan mee celup. Saya pun kurang pasti sama ada saya pernah makan atau tidak. Suami saya yang mempunyai darah Pattani ni memang suka segala macam sup. Alhamdulillah, suami saya juga berbakat dalam seni masak-memasak ini :) mungkin turun dari mama (mak mentua saya). Banyak juga bahan yang digunakan untuk buat mee celup ini. Dalam resepinya, suami saya menggunakan air rebusan perut, daging serta rangka ayam. Lagi satu kegemaran suami saya ialah kuew teow. Maka, suami saya menggunakan kuew teow instead of mee. Sayur yang digunakan ialah kangkung. Bahan-bahan yang lain adalah seperti cili jeruk, lobak asin, bawang putih goreng, bawang goreng dan kacang tumbuk.
Saedap dan tak puas makan lagi :)

| Alhamdulillah sedap! |
Bahan-bahan untuk sup (kuantiti terpulang) :-
Perut lembu
Daging
Rangka ayam
Serai
Sup Bunjut
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Garam
Gula
Rebus kesemua bahan sehingga empuk. Biasanya rebus perut terlebih dahulu kerana ia lewat empuk. Perasa dengan garam dan gula. Biasanya lebihkan gula supaya rasanya manis sedikit. Keluarkan dan potong nipis-nipis perut dan daging supaya mudah untuk dimakan.
Bahan-bahan lain :-
Mee/Kuew teow
Kangkung
Cili jeruk
Lobak asin
Bawang putih goreng
Ikan bilis goreng
Kacang tumbuk
Mee/Kuew Teow dan kangkung dicelur ke dalam sup beberapa minit. Masukkan ke dalam pinggan. Letak sup dan hias dengan bahan-bahan yang lain.

Resepi/Makanan
Location:
Perth WA, Australia
Saturday, October 27, 2012
Eid Mubarak dari kami...
Assalamualaikum....
Apa khabar semua? Diharapkan kalian sehat hendaknya di samping bergembira bersama keluarga menyambut hari kebesaran ummat Islam. Salam Eiduladha dari kami sekeluarga buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah, saya dan suami menyambut secara ala kadar sahaja. Selesai suami menunaikan solat dan seterusnya berjumpa sahabat - berkelah bersama-sama di Kings Park. Kami membawa makanan sedikit seorang, banyak juga akhirnya. Saya pula tidak masak banyak, hanya sekilo ayam untuk dibuat rendang, 4 paket besar nasi himpit direbus dan 300gm kacang tanah untuk dibuat kuah kacang perut - kuah kacang kegemaran suami.
Ada beberapa jemputan kami dapat, cumanya kami tidak dapat menghadirkan diri kerana kepenatan yang luar biasa. Sebenarnya di awal pagi, kami sudah keluar iaitu jam 7.15 pagi ke Kings Park, di sana akan diadakan solat sunat raya. Setibanya di sana, jam 7.50 pagi kami lihat solat sudah dimulakan. Ikutkan jam 8.00 pagi. Kemudian suami patah balik ke Conventry Park di Curtin dalam keadaan rushing. Alhamdulillah belum start lagi tetapi parking sudah penuh menyebabkan saya terpaksa menjaga kereta. Selesai solat, kami pergi semula ke Kings Park iaitu Synergy Park ( ada 3 atau 4 taman yang besar di dalam Kings Park) untuk picnic. Rupan-rupanya di sana ada satu lagi jemaah yang solat raya. Huhu... Lagi ramai dan sangat meriah. Tak sangka pula ada 2 jemaah yang buat solat raya. 'Ala kullihal, tetap juga gembira berjumpa rakan-rakan....
Saya mendoakan agar jemaah haji yang sedang mengerjakan haji dipermudahkan segala urusan. Moga ada rezeki saya ke sana nanti. Saya sangat rindu...

| Jom kita makan-makan! |
![]() |
| Antara yang hadir, ramai lagi tetapi masing-masing jaga anak-anak main |
![]() |
| Makanan berat. Hari agak panas semalam. |
![]() |
| Rendang ayam saya |
Labels:
Salam EidulAdha
Location:
Perth WA, Australia
Tuesday, October 23, 2012
Baby carrier / Sling : Ergobaby pilihan saya
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sekeluarga bertambah sihat setelah seminggu lebih kami kena diarrhea dan muntah-muntah. Berkenaan dengan baby carrier, sudah tentu ibu-ibu di luar sana mempunyai pelbagai citarasa untuk memilih baby carrier mana yang sesuai untuk anak-anak. Di sini, terlalu banyak baby carrier untuk dipilih seperti Ergobaby, BabyBjorn, Chicco, Combi, Minimonkey, Stokke My Carrier dan beberapa lagi. Sebelum ini saya ada membeli 1 baby carrier jenama Pureen. Saya beli supaya mudah untuk saya membawa Ahmad Harraz ketika kali pertama saya datang ke Perth. Saya juga ada membeli 1 sling. Tidak lama saya guna kerana kemungkinan besar saya tidak pandai guna menyebabkan leher saya sakit dan kurang praktikal bagi saya.
Kali ini saya merasakan penting untuk saya beli satu yang betul-betul mampu untuk membantu saya membawa Ahmad Zaki. Ahmad Zaki, apabila kami berjalan kebiasaannya kami letak di dalam strider, tetapi sejak akhir-akhir ini dia tidak mahu dan meronta-ronta. Apabila didukung, Ahmad Zaki mahu turun - fenomena biasa apabila sudah dapat kaki. Sewaktu kami ke pameran baby dan kids sewaktu bulan puasa lalu, itulah kali pertama saya tahu brand Ergobaby - setelah melihat ramai sangat orang di booth mereka. Saya mula tertarik dan meminta seorang staff menerangkannya. Cara pakai serta kelebihannya. Harganya memang agak mahal, saya mula congak itu ini bersama suami. Kebetulan kami ingin ke Europe, suami surf internet dan harga boleh dapat lagi murah jika beli di sana. Kami decide untuk beli di sana.
Alhamdulillah setelah penat berjalan di sekitar pekan Bonn, kami jumpa satu kedai yang menjualnya dan dapat beli baik yang sebelum ini bukan dalam perancangan dengan harga EURO120 - Ergobaby organic (desert bloom). Saya sangat berpuas hati dengannya dan ia sangat membantu. KEEP YOUR BABY CLOSE. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://store.ergobaby.com/

"Ergobaby recommends a weight limit of 45 pounds (20 Kilograms) for its line of baby carriers;
however, the carrier has been tested up to 90 pounds (41 Kilograms). Our carrier will accommodate you as long as you and your baby are happy using it."
![]() |
| Abi dan Ahmad Zaki duduk di posisi tepi |
![]() |
| Abi dan Ahmad Zaki duduk di posisi depan |
Labels:
Baby Carrier
Location:
Perth WA, Australia
Thursday, October 18, 2012
Roti John untuk suami
Assalamualaikum...
Petang semalam saya ada buat inti murtabak. Memang cadangnya nak buat murtabak untuk makan malam. Pagi tadi suami saya nak sarapan selain dari shake Herbalife. Maka saya buatlah inti murtabak menjadi Roti John memandangkan saya ada minta suami tolong belikan sausage roll malam tadi. Saya juga buat untuk Harraz separuh untuk dibawa ke sekolah.

| Mayonis kesukaan suami - mayonis Jepun |
![]() |
| Mayo + Cili + Timun |
Surprise! Grass Hair Cut
Assalamualaikum...
Petang tadi, sekembali Harraz dari sekolah terus dia kata, "teacher said to cut grass hair". Saya yang tidak tahu apa-apa dan tanpa melihat Harraz lagi hairan mendengarnya. Bila saya lihat, ada pokok kecil dia bawa dan memang patut la kena potong kerana sudah tidak terurus. Aktiviti ini mungkin sebelum cuti sekolah dua minggu lepas. InsyaAllah nanti ummi tolong trim dan touch-up sikit.

| Ini pokok saya |
![]() |
| Tak sabar-sabar nak gunting |
![]() |
| Jenuh fikir nak gunting macam mana lagi |
Subscribe to:
Posts (Atom)