Wednesday, January 30, 2013

Sebulan tidak menulis, Harraz belajar berenang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya menyambung kembali penulisan saya setelah hampir sebulan membiarkannya ibarat tiada bertuan. Saya sibuk dengan aktiviti harian iaitu semenjak Harraz ada kelas renang setiap hari selama 10 hari sempena cuti sekolah ini serta menerima kedatangan tetamu dari Malaysia iaitu mama, kak Teh dan Qistina. Bercerita tentang kelas renang Harraz, saya telah mendaftar Harraz untuk kelas renang di Gosnells Leisure World kerana ia berdekatan dengan rumah kami. Kelas bermula pada 7 hingga 18 Januari pada pukul 10.05 pagi. Kebiasaannya saya bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pagi dan sebelum kelas bermula Harraz boleh bermain-main dahulu.

Hari pertama saya membawa Ahmad Zaki dan menunggu sehingga kelas habis iaitu selama 30 minit sahaja. Selesai kelas, saya pula turun dalam air bersama anak-anak. Namun untuk hari yang kedua dan seterusnya, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Zaki di creche iaitu servis untuk menjaga bayi atau kanak-kanak ketika ibu bapa menggunakan gym, pool atau apa sahaja tetapi hanya di dalam leisureplex tersebut. Bayaran hanya AUD3.80 untuk 1 jam 30 minit. Alhamdulillah Zaki sangat suka setiap kali saya menghantarnya kerana banyak permainan yang disediakan dan kakitangannya sangat-sangat membuatkan saya tertarik :) Kenapa saya pula yang melebih? hehe. Cuma kita sediakan snack serta pampers untuk anak-anak.

Alhamdulillah bermula hari pertama sehingga hari terakhir kelas, Harraz menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Bermula daripada takut nak selam muka ke dalam air sehingga boleh selam dengan lama menggunakan teknik pernafasan yang diajar. Cikgunya, Fraser mengajar dengan sabar sekali. Bukan senang nak mengajar kanak-kanak secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang kerana apabila kanak-kanak masuk pool, bukan main nak berenang ke sana ke mari. InsyaAllah kami sedang merancang untuk mendaftar Harraz untuk kelas renang yang seterusnya.


Sedia untuk beraksi, sebelah ialah Maryam menunggu cikgu panggil

Hari pertama

Air masuk hidung ye

Kumpulan Harraz

Add caption

Sijil setelah tamat kelas